Sunway Lagoon Umum Klook Sebagai Rakan Tiket Rasmi NoF 10, Tawar Harga Eksklusif | Oh! Media

Sunway Lagoon Umum Klook Sebagai Rakan Tiket Rasmi NoF 10, Tawar Harga Eksklusif | Oh! Media

Epik! Ikonik! SERAM! NoF 10 kembali menghantui malam korang dengan suasana yang lebih menakutkan dan pastinya lebih NGERI! 

Ha, dah bercakap tentang NoF ni, memang duk terfikir dengan watak-watak yang dibawakan oleh Taman Tema Sunway yang pastinya lebih seram setiap tahun kan. 

Masalahnya, bukan watak je seram, suasana Taman Tema Sunway yang cukup meriah di siang hari pun, terus bertukar bila waktu malam tau. Walaupun dia cukup menakutkan, tetap kena join, barulah VIBE! 

Klook Rasmi Menjadi Rakan Tiket Rasmi NoF 10 

Istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-10 NoF yang merupakan acara Halloween terbesar di Asia, Sunway Lagoon telah mengumumkan kerjasama mereka bersama Klook sebagai Rakan Tiket Rasmi bagi acara NoF 10, dengan menandatangani MOU. 

Para pengunjung dapat menikmati pelbagai keistimewaan apabila melakukan pembelian di Klook. Antaranya adalah, pakej penginapan eksklusif, pengalaman tempahan yang lebih lancar, dan dapat menikmati akses awal pesta NoF 10. 

Korang juga berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menyeramkan yang disediakan seperti lapan rumah hantu, teater berhantu, empat scare zon, sebelas tunggangan dan dua pentas pertunjukkan yang pasti menghantui malam korang!  

Nikmati Tawaran EKSKLUSIF Hanya Di Klook

NoF 10

NoF 10 akan membawakan tema baharu iaitu “Hantu Hunters” yang menyelidiki kisah seram yang diketahui ramai seperti di Lebuhraya Karak dan Istana Kellie di Perak.  

Bukan itu sahaja, lebih 75 karakter seram akan berkeliaran sepanjang malam di taman tema untuk memberikan “kejutan selfie” dengan korang tau. Ha, kalau terserempak tu, pastikan korang selfie dulu baru lari tau. 

Korang juga berpeluang menikmati acara yang dinanti-nantikan setiap tahun ini dengan tawaran EKSKLUSIF hanya di Klook. Bermula sekarang sehingga 31 Oktober, korang boleh dapatkan tiket di Klook dengan harga serendah RM128 atau RM226 untuk dapatkan tiket Xpress Lane. 

Ketahui lebih lanjut dan nikmati pelbagai tawaran menarik hanya di Klook.

OR

Scroll to Top