Tular berita tentang seorang penoreh getah warga emas maut selepas digulingkan macam boleh oleh sekumpulan gajah ketika bekerja di Jalan Felcra Batu 29, Kahang, Kluang.
Menerusi laporan Harian Metro, suami mangsa, Suagianto Giman terkejut apabila seorang penduduk kampung memaklumkan kejadian menyayat hati itu.
Difahamkan gajah itu keluar untuk mencari makan berhampiran kampung tersebut sejak sebulan lalu.
Ketika tiba di lokasi kejadian, kumpulan gajah terbabit sudah pergi, mangsa tercungap-cungap meminta tolong dan saya cakap tunggu sekejap, saya panggil laki (suami) dia.
Tambahnya, disebabkan ketakutan, Hassan terus pergi memanggil suami mangsa yang tinggal tak jauh dari tempat kejadian.
Hassan cakap ‘orang rumah awak kena pijak gajah’ menyebabkan saya terperanjat lalu dengan pakai kain pelikat dan baju ini, saya terus ikutnya.
Sampai di sana, saya jerit ‘mana, mana’ kerana mata saya memang kurang nampak dan masa itu saya nampak dia (isteri) sedang terbaring dan mengangkat tangan.
Klinik masih tak buka, isteri meninggal di pangkuan
Tak mahu menunggu, dia dan Hassan terus membawa mangsa ke klinik berdekatan namun masih belum buka kerana hari cuti.
Sugianto berkata isterinya tak mengalami apa-apa luka tapi kelihatan sudah longlai ketika ditemukan.
Lagi tadi jumpa isteri ketika saya masuk dapur, dia cakap sarapan ada di atas dapur.
Lebih sedih lagi, si suami mengatakan dia sempat mengajar dia mengucap dua kalimah syahadah di pangkuannya selepas mendengar dia merintih.
Disebabkan tiada rawatan yang diberikan, si isteri telah menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuannya.
Innalillahiwainnailaihirojiun.. Betulah ye malang memang tidak berbau. Diharapkan kerajaan boleh selesaikan masalah ini supaya takde mangsa lain.
![“Orang Rumah Awak Kena Pijak Gajah” – Suami Sempat Ajar Isteri Mengucap Sebelum Meninggal | Oh! Media “Orang Rumah Awak Kena Pijak Gajah” – Suami Sempat Ajar Isteri Mengucap Sebelum Meninggal | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/08/ohmedia-gajah-1000x600.png)