Minta Izin Nak Kahwin Kali Ketiga, Wanita Dibun*h Oleh Abangnya | Oh! Media

Minta Izin Nak Kahwin Kali Ketiga, Wanita Dibun*h Oleh Abangnya | Oh! Media

Seorang wanita dilaporkan telah dibunuh oleh saudara-saudaranya kerana ingin berkahwin untuk kali ketiga di Karachi, Pakistan.

Kerana tidak setuju dengan tindakan adik perempuannya itu, dua orang lelaki iaitu abang kepada mangsa telah membunuhnya.

Menurut polis, wanita yang terbunuh itu telah kehilangan dua suami dan merancang mahu berkahwin untuk kali ketiga.

Menerusi laporan Ary News, kejadian ini berlaku di kawasan Bahadurabad, Karachi.

Difahamkan, wanita itu telah meninggalkan lapan orang anak hasil daripada dua kali perkahwinannya sebelum ini.

Polis telah menemui pistol dan dua kelopak peluru di tempat kejadian.

Sementara itu siasatan lanjut sedang dijalankan.


OR

Scroll to Top