Atlet Olimpik Dakwa Ibu Bolot Duit Kemenangan Sejak 2020, Hanya Tinggalkan Lima Ribu Je | Oh! Media

Atlet Olimpik Dakwa Ibu Bolot Duit Kemenangan Sejak 2020, Hanya Tinggalkan Lima Ribu Je | Oh! Media

Dikala atlet lain gembira dengan kemenangan yang diraih di acara Olimpik Paris 2024, tetapi lain pula kisah seorang atlet Filipina, Carlos Yulo.

Dalam kegembiraan merangkul 2 pingat emas, tersimpan kesedihan dalam diri Carlos Yulo apabila bercerita tentang hubungan dengan ibunya.

Menerusi akaun Tiktok Carlos, dia mendedahkan tentang perbuatan ibunya, Angelica Yulo yang didakwa mengeluarkan duit daripada akaunnya tanpa izin.

Menurut laporan Forbes, Angelica telah memegang akaun bank Carlos dan dia juga telah merahsiakan tentang wang kemenangan milik Carlos dalam pertandingan yang pernah disertai sejak tahun 2020.

Walau bagaimanapun, Angelica Yulo telah menafikan tuduhan tersebut, namun mengaku dia telah memindahkan wang ke akaun peribadinya untuk simpanan masa depan Carlos.

Kalau saya tak periksa sendiri, saya tak akan tahu yang saya tak pernah menerima wang insentif, dan saya juga tak pernah meminta. Sepatutnya ia berjumlah 6 angka, bukan setakat p70,000 (RM5.4K), kata Carlos

Carlos Yulo berkata bahawa dia sama sekali tidak kisah tentang wang tersebut, tetapi dia mengkritik cara ibunya yang telah menyembunyikan dan menguruskan wang itu tanpa persetujuannya.

Carlos juga menjelaskan bahawa hubungan mereka mula dingin kerana ibunya tidak merestui hubungannya dan teman wanita.

Carlos mendakwa Angelica mengatakan bahawa teman wanitanya itu hanya ingin memanfaatkannya.


OR

Scroll to Top