November 7, 2024

Wanita Dedah Perangai Buruk Bekas Suami Ditahan Reman, Didakwa Pecah Masuk Rumah Bekas Madu | Oh! Media

Wanita Dedah Perangai Buruk Bekas Suami Ditahan Reman, Didakwa Pecah Masuk Rumah Bekas Madu | Oh! Media

Baru-baru ini tular, dua wanita yang telah mendedahkan tentang sikap bekas suami yang sering mengasari mereka.

Terbaru, salah seorang dari mereka telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan dalam kes pecah masuk rumah bekas suami dan bekas madunya.

Difahamkan, bekas madu wanita tersebut telah membuat laporan polis susulan barang miliknya telah hilang.

Menerusi laporan Harian Metro, rumahnya telah dipecah masuk pada jam 11:30 malam, 22 Julai yang lalu.

Wanita itu menyedari rumahnya dipecah masuk dan mendapati sliding door (pintu gelongsor) hadapan dalam keadaan terbuka.

Beberapa barangan juga didapati hilang dan pengadu juga menjumpai satu beg plastik ubat di atas meja di dalam biliknya, tertulis nama perempuan yang dikenali olehnya dan suami, katanya.

Suspek juga mengaku bahawa dia telah masuk ke dalam rumah itu semasa ketiadaan pengadu.

Kes masih di peringkat siasatan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama enam hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


OR

Scroll to Top