Di Tanah Merah Kelantan, pasangan pengantin baru nyaris dilanggar gara-gara membuat sesi penggambaran ‘outdoor’ di landasan kereta api.
Menerusi video yang tular di TikTok, kelihatan pasangan tersebut bersama seorang jurugambar kena hon berkali-kali oleh kereta api yang berada sangat dekat dengan mereka.
Namun, pengantin dilihat masih ‘steady’ lenggang kangkung kerana memakai kasut tinggi membuatkan netizen geram.
Pengantin lelaki pula dilihat memegang veil pengantin perempuan yang meleret. Sampaikan kereta api terpaksa berhenti!
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/08/ohmedia-pengantin-331x600.png)
Di ruangan komen, netizen berpendapat pengantin perempuan sepatutnya segera membuka kasut dan berlari keluar daripada landasan tersebut.
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/08/ohmedia-kereta-api-1000x221.jpeg)
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/08/ohmedia-kereta-api-2-1000x317.jpeg)
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/08/ohmedia-kereta-api-3-1000x274.jpeg)
![](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/08/ohmedia-kereta-api-4-1000x337.jpeg)
Mereka ‘seram sejuk’ membayangkan kejadian yang bakal menimpa sekiranya mereka terlewat sedikit. Sementara itu, ada juga segelintir netizen mahu pasangan ini dikenakan tindakan kerana telah membahayakan nyawa sendiri.
![Netizen Geram Tengok Pengantin Baru ‘Lenggang Kangkung’, Nyaris Dilanggar Kereta Api | Oh! Media Netizen Geram Tengok Pengantin Baru ‘Lenggang Kangkung’, Nyaris Dilanggar Kereta Api | Oh! Media](https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2024/08/ohmedia-kereta-api-1000x600.jpg)